Monday, March 19, 2007

Undang-Undang Demonstrasi

Peruntukan Undang-Undang Berkaitan Demonstrasi


Demonstrasi perlu ditangani dengan bijaksana dan berlandaskan undang-undang supaya tindakan yang diambil tidak dicabar oleh mana-mana pihak. Oleh yang demikian pegawai dan anggota polis mestilah memahami peruntukan undang-undang, kesalahan-kesalahan yang boleh berlaku dalam sesuatu demonstrasi serta kuasa-kuasa polis untuk bertindak terhadap mereka yang terlibat dalam satu satu tunjuk perasaan. Berikut diperturunkan pelbagai peraturan yang terdapat kuasa-kuasa dalam undang-undang negara.

Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336)
Seksyen 14 - Kelakuan Aib
Sesiapa pun yang menggunakan perkataan-perkataan yang kurang sopan, mengugut, aib atau menghina atau berkelakuan dengan cara yang mengugut atau menghina atau menampalkan atau melekatkan atau mempamerkan sebarang kertas bertulis atau lukisan yang kurang sopan mengugut aib atau menghinakan dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan atau di mana keamanan mungkin terganggu boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM100.

Seksyen 31 - Tangkapan
mana-mana pegawai polis boleh menangkap tanpa waran sesiapa pun yang melakukan kesalahan ini yang dilihatnya atau mensyaki dengan munasabah melakukan kesalahan ini melainkan orang tersebut memberi nama dan alamatnya dan memuaskan pegawai berkenaan yang ia akan mematuhi menjawab mana-mana saman atau perbicaraan yang mungkin diambil terhadapnya.

Akta Polis 1967 (Akta 344)
Seksyen 27 - Kuasa untuk mengawalselia perhimpunan, perjumpaan dan perarakan
1. Mana-mana pegawai penjaga daerah polis atau mana-mana pegawai polis yang diberi kuasa dengan seajarnya secara bertulis olehnya boleh mengarahkan, dengan apa-apa cara yang difikirkannya patut perjalanan di tempat-tempat awam dalam daerah polis itu semua perhimpunan, perjumpaan dan perarakan orang atau kenderaan dan boleh menetapkan jalan manakah dan waktu bilakah, perhimpunan atau perjumpaan itu boleh diadakan atau perarakan boleh lalu.
2. Mana-mana orang yang berniat mengadakan atau mengumpukan mana-mana perhimpunan atau perjumpaan atau membentuk sesuatu perarakan di mana-mana tempat awam yang tersebut dahulu, hendaklah sebelum mengadakan, mengumpulkan atau membentuk perhimpunan, perjumpaan atau perarakan itu, membuat kepada pegawai penjaga daerah polis di mana perhimpunan, perjumpaan perarakan itu akan diadakan suatu permohonan untuk mendapatkan lesen bagi maksud itu, dan jika pegawai polis itu berpuas hati bahawa perhimpunan, perjumpaan atau perarakan itu tidak mungkin memudaratkan kepentingan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau membangkitkan kekacauan keamanan, dia hendaklah mengeleuarkan lesen dalam bentuk yang ditetapkan dengan menyatakan nama pemegang lesen itu dan menerangkan syarat-syarat atas mana perhimpunan, perjumpaan atau perarakan dibenarkan.
3. Kuasa Polis - Mana-mana pegawai polis boleh menghentikan mana-mana perhimpunan, perjumpaan atau perarakan yang mengenainya lesen telah tidak dikeluarkan atau setelah dikeluarkan telah kemudiannya dibatalkan di bawah sub-seksyen (2) atau yang melanggar mana-mana syarat-syarat sesuatu lesen yang telah dikeluarkan mengenainya di bawah sub-seksyen tersebut; dan mana-mana pegawai polis boleh memerintahkan orang-orang dalam perhimpunan, perjumpaan dan perarakan itu bersurai.
4. Mana-mana orang tak mematuhi apa-apa perintah yang diberi di bawah sub-seksyen (1) atau sub-seksyen (3) adalah melakukan satu kesalahan.
5. Apa-apa perhimpunan, perjumpaan atau perarakan
a. yang berlaku tanpa lesen yang dikeluarkan di bawah sub-seksyen (2); atau
b. di mana tiga orang atau lebih yang mengambil bahagian mengabai atau enggan menurut apa-apa perintah yang diberi di bawah subseksyen (1) atau subseksyen (3) hendaklah disifatkan sebagai suatu perhimpunan haram, dan semua orang yang hadir, dijumpai di atau mengambil bahagian dalam perhimpunan atau perarakan itu dan, berkenaan dengan perhimpunan, perjumpaan dan perarakan yang tiada lesen telah dikeluarkan baginya, semua orang hadir, dijumpai di atau mengambil bahagian dalam atau bersangkut paut dengan mengadakan, mengumpul atau mengarah perhimpunan, perjumpaan atau perarakan itu, adalah melakukan suatu kesalahan.
6. Hukuman - Mana-mana orang yang melakukan satu kesalahan di bawah seksyen ini boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada RM10,000 dan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun.
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301)
Seksyen 11 - Dokumen bercetak hendaklah mengandungi nama pencetak dan penerbit
1. Tiap-tiap hasil penerbitan yang bercetak atau diterbitkan dalam Malaysia hendaklah dicatitkan nama dan alamat pencetak dan penerbitnya dengan mudah dibaca dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris pada lembaran pertama atau akhir.
2. Tiada seorang pun boleh menerbit, menghasilkan semula, menjual, mengelilingi atau menggeran atau menawarkan untuk menerbit, menghasil semula, menjual, mengelilingi, atau mengedar apa-apa hasil penerbitan yang tidak mempunyai nama dan alamat pencetak dan penerbit, atau berkenaan dengan rakaman suara, nama dan alamat pengeluar dicetak dengan jelasnya pada kulit atau bekas dan mana-mana orang yang bertindak dengan melanggari seksyen ini adalah melakukan satu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi setahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya.
3. Berkenaan dengan hasil penerbitan yang diimpot ke dalam Malaysia maka adalah menjadi pematuhan yang cukup akan seksyen ini kiranya nama pencetak, penerbit atau pengeluar dicetak dengan jelas pada mana-mana bahagian hasil penerbitan atau bekas itu.
Seksyen 20 - Tangkapan tanpa waran
Mana-mana pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang didapati melakukan atau dengan munasabahnya disyaki melakukan atau cuba melakukan atau mendapatkan atau bersubahat dengan mana-mana orang untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah akta ini.

Kanun Keseksaan
Seksyen 147 - Seksaan kerana merusuh
Barang siapa melakukan kesalahan merusuh hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Seksyen 148 - Memiliki senjata-senjata maut dalam rusuhan
Barang siapa menghadiri, mengambil bahagian atau berada dalam apa-apa rusuhan dan memiliki apa-apa senjatapi, amunisi, bahan letupan, benda melecur, benda yang memudaratkan, kayu, batu, atau apa-apa senjata maut yang boleh digunakan sebagai senjata untuk menyerang hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Seksyen 186 - Menghalang penjawat awam pada menjalankan kerja-kerja jawatannya
Barang siapa dengan sengaja menghalang seseorang penjawat awam pada menjalankan kerja-kerja jawatannya hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan, atau dengan denda yang boleh sampai seribu ringgit atau dengan kedua-duanya.

bedah mayat menurut Islam

DAFTAR ISTILAH
a . Dharuriyyat - Suatu keadaan yang mana tiada cara atau jalan lain untuk menyelesaikan perkara tersebut melainkan terpaksa melakukan perkara tersebut .
b . Hajiyat - Keperluan bagi tujuan memudahkan hal-hal daruryyt.
c . Rukhsah- (Kemudahan) - Rukhsah bermaksud hukum-hukum yang telah disyariatkan oleh Allah S . W. T. berdasarkan kepada keuzuran seseorang hamba kerana menjaga hajat mereka serta berkekalan sebab yang mewajibkan hukum asal.
d. Etika - Etika bermaksud ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan .e . Interpretasi - Tafsiran, penjelasan (tentang makna, tujuan, implikasi )
f . Subklavikular - bawah tulang selangka
GARIS PANDUAN BEDAH SIASAT MAYAT MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
1. TUJUANGaris panduan ini disediakan untuk dijadikan panduan kepada pengendali bedah siasat, pengamal undang-undang, polis dan mereka yang berkenaan dalam pengendalian bedah siasat mayat.
2. PENGENALANSejarah perubatan telah mencatatkan bahawa bedah siasat atau post mortem ke atas mayat, atau dengan lain perkataan ilmu perubatan forensik mula diperkenalkan dari Negara Arab, kemudian berkembang ke Greek dan negara-negara barat seterusnya ke seluruh dunia. Perkembangan kemajuan sains perubatan dalam ilmu pembedahan adalah berasaskan kepada keilmuan yang dibawa oleh Ibnu Sina. Perkembangan dari semasa ke semasa melalui kajian dan pengajian ahli sains perubatan telah menghasilkan teknologi moden dalam ilmu bedah siasat mayat dengan cara lebih saintifik bagi mencari keadilan yang dikehendaki.
Pada abad ke 21 ini, bedah siasat mayat merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan dan bukan asing di kalangan umat Islam. Ini kerana ia adalah tindakan yang perlu diambil dan dilakukan untuk kepentingan masyarakat seperti untuk menyelesaikan kes-kes jenayah atau bukan kes jenayah serta kajian dalam bidang perubatan. Walau bagaimana pun dalam urusan bedah siasat mayat, Islam telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu diikuti supaya tidak timbul percanggahan antara tuntutan syarak dengan amalan yang dilakukan dalam bidang perubatan.
3. KEPUTUSAN F ATWA3.1 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-25 yang bersidang pada 13 Disember 1989 telah memutuskan;“Pembedahan mayat orang Islam hanya boleh dilakukan jika keadaan benar-benar memerlukan (dharurat) sahaja seperti terlibat di dalam kes-kes jenayah yang sangat memerlukan post mortem atau si mati tertelan benda yang berharga atau si mati yang sedang mengandung sedangkan kandungannya masih hidup.”
3.2 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-61 yang bersidang pada 27 Januari 2004 dalam membincangkan mengenai hukum bedah siasat mayat yang kematian bukan dikategorikan kes jenayah telah memutuskan;“Hukum asal pembedahan mayat adalah haramtetapi dibolehkan sekiranya dalam keadaan dharurat dan terdapat keperluan yang mendesak seperti membuat kajian terhadap penyakit, mengenalpasti punca kematian dan penyelidikan serta pendidikan khususnya dalam bidang perubatan . ”
4. AMALAN BEDAH SIASAT MA YAT4.1 Definisi Bedah Siasat MayatBedah siasat atau dalam istilah bahasa Inggeris disebut post-mortem bermaksud suatu pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan ke atas mayat. Ianya melibatkan pemeriksaan luaran dan dalaman untuk mengenalpasti punca kematian dan ciri atau setakat mana perubahan dihasilkan oleh sesuatu penyakit, kimia, radiasi, kemalangan, kecederaan dan lain-lain.
4.2 Objektif Bedah Siasat MayatPembedahan yang dilakukan ke atas mayat mempunyai objektif-objektif tertentu di antaranya:
i. Untuk mengesahkan identiti si mati.ii. Untuk mengenalpasti sebab kematian.iii. Untuk mengetahui punca, cara dan masa kematian.iv. Untuk menghilangkan keraguan mengenai sebab kematian.v. Untuk menunjukkan penyakit dan kecacatan.v i . Untuk mengesan, menggambar dan mendokumenkan penyakit dan kecederaan luar serta dalam.viii. Mendapatkan sampel untuk dikaji seperti kajian kuman, tisu abnormal dan lain-lain.viii. Untuk mengambil gambar dan rakaman video bagi tujuan bukti/barang kes.ix. Untuk menyediakan laporan bertulis yang lengkap tentang penemuan dalam pemeriksaan mayat.x. Untuk memberi perkhidmatan pakar tentang interpretasi penemuan semasa pemeriksaan mayat.xi. Untuk memulih semula keadaan mayat yang cedera teruk sebaik mungkin sebelum diserahkan kepada waris.xii. Untuk pengajian akademik, menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang perubatan.Xiii .Untuk meningkatkan kepakaran.xiv. Untuk membuat kajian rawatan sesuatu penyakit.xv. Untuk keperluan undang-undang.
4.3 Jenis-jenis Bedah Siasat Mayat
i. Bedah siasat clinicalBedah siasat mayat dijalankan bagi mengesahkan punca kematian, kesan sesuatu penyakit atau kecederaan serta bagi tujuan pembelajaran dan penyelidikan. Kes-kes kematian ini tidak berkait dengan kes Polis seperti kes penyakit mudah berjangkit atau kematian di wad. Pegawai Perubatan Kerajaan perlu mendapat keizinan dari waris sebelum membuat bedah siasat. Dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan umum seperti kes di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), bedah siasat mayat dibolehkan tanpa perlu merujuk atau mendapat keizinan waris.
ii. Bedah siasat medicolegalBedah siasat ke atas mayat yang dikaitkan dengan kes Polis seperti kemalangan, mati lemas, kebakaran, pembunuhan dan kematian yang disyaki/tidak pasti sebabnya. Majistret atau Polis akan mengeluarkan arahan (Borang Pol. 61) kepada Pegawai Perubatan Kerajaan untuk menjalankan bedah siasat mayat tanpa perlu merujuk atau mendapat keizinan waris
. 4.4 Keperluan Bedah Siasat Mayat
i. Bedah siasat mayat dilakukan kerana ia keperluan undang-undang untuk membuktikan kebenaran dan menegakkan keadilan bagi si mati dan waris.
ii. Bedah siasat mayat dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini yang timbul di masa hadapan setelah mayat dikebumikan.
iii. Hasil bedah siasat mayat dapat digunakan bagi menyelamatkan dan melindungi orang ramai daripada penyakit berjangkit yang berbahaya pada masa akan datang
iv. Bedah siasat mayat dapat menambah ilmu dan ke-pakaran dalam m bidang perubatan.
v. Kajian daripada hasil bedah siasat mayat dapat meningkatkan tahap kesihatan dan keharmonian hidup masyarakat.
4.5 Kematian yang perlu bedah siasat
Selain bedah siasat mayat yang dibenarkan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, terdapat juga kematian yang perlu kepada bedah siasat mengikut peruntukan undang-undang dan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia yang selaras dengan kehendak syarak (dharuriyyat dan hajiyat) iaitu:
i. Kes kematian medicolegala. Semua kematian yang mendadak luar biasa, disyaki bukan kes- kes biasa, akibat perlakuan ganas seperti bunuh.b. Kematian mendadak biasa tetapi tidak diketahui sebab kematian dari segi perubatan.c. Kematian akibat kemalangan menggunakan kenderaan.d. Kematian di tempat kerja; kemalangan, penyakit dan keracunan di tempat kerja.e. Kematian akibat keracunan. (e.g. alcohol intoxication, coal gas, insecticides, barbiturates etc).f. Kematian akibat bunuh diri.g. Kematian akibat penggunaan gas-gas perubatan semasa pembedahan, prosedur penyiasatan perubatan, peralatan dan teknologi yang digunakan oleh hospital/klinik dan sebagainya.h. Kematian akibat kemalangan di rumahhospital/ institusi/tempat umum.i. Kematian akibat kecuaian pegawai dan kakitangan hospital/klinik seperti kecuaian menggunakan prosedur perubatan, peralatan,ubat, rawatan dan sebagainya.j. Kematian tahanan polis, tahanan re m a n, banduan di kem-kem tahanan.k. Kematian di Institusi Mental, rumah sakit jiwa dan lain-lain.l. Kematian bayi baru lahir yang dijumpai.m. Kematian kanak-kanak akibatan kelemasan (suffocation) nafas.n. Kematian berkaitan anak-anak angkat.o. Sebarang kematian akibat kebakaran dan letupan.p. Mati lemas.q. Sebarang kematian di luar kawasan kediaman seperti di tepi jalan, dalam sungai, perairan dan sebagainya, di mana kediaman si mati tidak diketahui.r. Kematian akibat dari bahan-bahan kimia dan radiasi perindustrian seperti toksid, asid, radioaktif dan sebagainya.
ii. Kes Kematian Clinicala. Kematian akibat penyakit berjangkit seperti Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk (SARS), AiDS, Anthraks, Japanese Encephalitis (JE) dan seumpamanya.b. Kematian di wad yang diketahui sebabnya tetapi memerlukan maklumat lebih lanjut mengenai sebab kematian.c. Kematian ibu semasa mengandung (maternal death).
4.6 Prosedur Bedah Siasat Mayati. Kebenaran bagi menjalankan bedah siasat mayattertakluk kepada:a. Arahan Majistret atau Polis bagi kes-keskematian medicolegal.b. Arahan Ketua Pengarah Kesihatan bagi keskestertentu seperti penyakit berjangkit atas kepentingan umum.c. Mendapatkan kebenaran dan keizinan bertulis dari waris bagi kes-kes bedah siasat clinical.i. Bedah siasat ke atas mayat hanya boleh dijalankan di hospital-hospital Kerajaan atautempat lain yang sesuai (Seksyen 330 Kanun Acara Jenayah).ii. Bedah siasat mayat hanya boleh dijalankan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan sahaja.
4.7 Proses Bedah Siasat Mayati. Pemeriksaan luaran Menjalankan pemeriksaan luaran untuk mendokumentasi kecederaan mayat. Pegawai Perubatan Kerajaan akan membuat pemeriksaan terperinci ke atas mayat antaranya pakaian simati, keadaan mayat secara keseluru h a n ,perubahan - p erubahan luaran yang berkaitan dengan kematian dan penyakit serta tanda-tanda kecederaan. Sekiranya sebab kematian dapat dikenalpasti, maka pembedahan mayat tidak lagi perlu dilaksanakan.
ii. Pemeriksaan dalaman Sekiranya pemeriksaan luaran masih tidak dapat mengenalpasti punca kematian, maka pemeriksaan dalaman perlu dijalankan.Ini termasuklah membuka tempurung kepala, rongga dada, abdomen, pelvis dan lain-lain bila mana perlu.
iii. Pengambilan spesimen iaitu mengambil cecair badan untuk analisi toksikologi dan lain-lain ujian seperti pemeriksaan radiologi, kaji kuman, kajian tisu dan fotografi Forensik.
5 . ETIKA BEDAH SIASAT MAYAT MENURUT ISLAMKaedah melakukan bedah siasat mayat bukanlah sesuatu yang mutlak. Individu atau kumpulan yang terlibat dalam urusan bedah siasat mayat perlu memenuhi etika yang digariskan oleh syarak antaranya;
5.1 Menghormati, menjaga hak dan kemuliaan mayat sebagai manusiaSemua Pegawai dan Petugas Perubatan Kerajaan yang terlibat dalam proses bedah siasat hendaklah menghormati mayat seperti manusia yang masih hidup.Islam menyuruh orang yang masih hidup supaya menjaga kemuliaan, hak-hak dan kehormatan orang yang telah mati sepertimana orang hidup tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Islam melarang seseorang menganiayai seseorang yang lain sama ada pada diri, maruah dan harta mereka. Firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Israa‘ ayat 70 yang bermaksud:“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.”
5.2 Menyegerakan urusan bedah siasat mayatUrusan bedah siasat mayat hendaklah dijalankan dengan segera supaya selaras mengikut kehendak syarak yang mewajibkan mayat diuruskan dengan segera, sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabdayang bermaksud:“Segeralah penyelesaian pengurusan jenazah kerana kalau ia jenazah orang soleh maka bererti kamu menyegerakan kepada kebaikan dan apabila sebaliknya (mayat yang tidak soleh) maka bererti kamu telah melepaskan kejahatan dari bahumu”.(Riwayat Muslim)
5.3 Kebenaran Warisi. Bagi kes-kes bedah siasat c l i n i c a l, PegawaiPerubatan Kerajaan perlu mendapat kebenarandaripada waris untuk melakukan bedah siasat.ii. Bagi kes-kes bedah siasat medicolegal kebenarandari waris tidak diperlukan untuk melakukan bedah sisat.
5.4 Melakukan bedah siasat dengan cermat (tidak kasar)Pembedahan hendaklah dilakukan dengan cara cermat supaya tidak merosakkan kehormatan dan kemuliaan mayat. Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;Dari Aisyah r.a. Raslululllah s.a.w. bersabda; “Memecahkan/mematahkan tulang mayat sama seperti memecahkannya/mematahkannya sewaktu hidupnya”. (Riwayat Abu Daud)
5.5 Melakukan bedah siasat mayat setakat yang diperlukan sahajaBedah siasat mayat yang dilakukan tidak boleh melampaui batas atau had rukhsah yang dibenarkan kerana mengambil kira hukum asal menyakiti mayat adalah haram. Oleh itu, bedah siasat mayat boleh dilakukan ke atas mana-mana anggota mayat yang diyakini boleh membantu mencapai matlamat pembedahandan mengenalpasti sebab-sebab kematian.Ini bersesuaian dengan kaedah fiqhiyyah iaitu ‘perkara dharurat adalah dikira mengikut kadarnya’.
5.6 Menjaga aurat mayatOrang yang melakukan bedah siasat mayat hendaklah tidak boleh dengan sengaja melihat aurat mayat kecuali pada kadar yang diperlukan sahaja. Diriwayatkan dari Saidina Ali k.m.j., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu nyatakan (perlihatkan) pahamu,dan janganlah kamu memandang kepada paha orang hidup dan orang mati”.(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah) Mayat seboleh-bolehnya diuruskan oleh petugas dari jantina yang sama. Kaedah ini merujuk kepada keputusan Persidangan Majma‘ al-Fiqh al-Islami (IslamicFiqh Academic) di Brunei Darussalam pada 21-27 Jun 1993 mengenai wanita yang ingin mendapatkan rawatan perlu mengikut keutamaan berikut;
a. Doktor perempuan muslim pakarb. Doktor perempuan bukan muslim pakarc. Doktor lelaki muslim pakard. Doktor lelaki bukan muslim pakar Islam mengharuskan rawatan lelaki terhadap perempuan dan sebaliknya dengan syarat-syarat sepertiberikut;
a. Tidak bersendirianb. Menahan pandangan matac. Menyentuh di tempat yang berkaitand. Menyediakan doktor pakar mengikut jantina
5.7 Menjaga rahsia mayatPegawai dan Petugas Perubatan Kerajaan yang terlibat dalam bedah siasat mayat hendaklah menyimpan rahsia mayat, iaitu tidak mengaibkan dan tidak mendedahkan keadaan mayat kepada pihak yang tidak berkenaan.
5.8 Tidak menghina, mencemuh dan memaki mayatPegawai dan Petugas Perubatan kerajaan yang terlibat dalam pengendalian mayat tidak boleh menghina,mencemuh atau memaki mayat. Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:“Dari Ibnu Umar telah berkata: Sabda Rasululllah s.a.w.: Sebutlah kebaikan orang yang telah mati dan berhentilah dari menyebut keburukan mereka”. (Riwayat at-Tirmizi)
5.9 Mengambil langkah-langkah keselamatanPegawai dan Petugas perubatan kerajaan yang menjalankan bedah siasat mayat hendaklah mengambil kira langkah-langkah keselamatan terutamanya dalam pengendalian mayat yang berisiko terutamanya bagi kes penyakit berjangkit.
5 .1 0 M e n g u r uskan mayat dan sampel kajian (organ atau tisu) selepas bedah siasat dengan sebaik-baiknyai. Anggota mayat yang dibedah hendaklah dijahit semula dengan kemas.
ii. Semua organ atau tisu yang diambil untuk kajian hendaklah dikembalikan kepada mayat sebelum mayat disempurna dan dikebumikan.
iii. Bagi kes yang memerlukan kajian dan penyelidikan ke atas sampel dari mana-mana anggota mayat yang memakan masa lama (disimpan bertahun-tahun dalam makmal) kerana kekurangan pakar, penyakit masih tidak dapat dikenalpasti, kekurangan alat dan sebagainya, maka jenazah hendaklah disempurna dan dikebumikan dahulu. Manakala organ atau tisu yang diambil untuk kajian hendaklah ditanam atau diserah kepada waris atau pihak bertanggungjawab.
iv. Kajian dan siasatan ke atas sampel yang diambil hendaklah dijalankan dengan segera.
5.11 Tidak mengambil tisu atau organ mayatPegawai dan Petugas Perubatan Kerajaan tidak dibenarkan mengambil mana-mana tisu atau organ daripada mayat yang dibedah siasat melainkan dengan kebenaran undang-undang. (Akta Tisu Manusia 174 - Akta 130).
5.12 Orang yang dibenarkan hadir semasa bedah siasat mayatHanya petugas bedah siasat mayat dan pihak berkuasa yang berkaitan sahaja dibenarkan berada di dalam bilik bedah siasat semasa bedah siasat dijalankan.
6. PERANAN JABATAN / AGENSIJabatan / Agensi yang terlibat dalam urusan bedah siasat mayat hendaklah memastikan garis panduan ini dipatuhi. Agensi tersebut ialah Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, JabatanKehakiman, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kimia, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Agama. Bagi memastikan prosedur bedah siasat ini dilaksanakan dengan segera dan menepati kehendak syarak, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
i. Pegawai dan Petugas Perubatan Kerajaan yang terlibat dalam urusan bedah siasat mayat hendaklah memberi perhatian kepada peruntukan Seksyen 330 Kanun Acara Jenayah.
ii. Pihak Kementerian Kesihatan atau pihak pentadbir hospital mestilah memberi keutamaan dalam urusan bedah siasat mayat supaya urusan pengendalian jenazah tersebut dapat disempurnakan.
iii. Ketua-ketua Jabatan/Agensi yang terlibat dengan bedah siasat mayat hendaklah mengawasi pelaksanaan garis panduan ini supaya dipatuhi.
7. PENUTUP
Penyediaan garis panduan ini merangkumi semua mayat tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama. Mematuhi tuntutan syarak terhadap perkara-perkara yang berbangkit dari bedah siasat adalah suatuamanah yang wajib ditunaikan terutama bedah siasat yang melibatkan mayat orang Islam. Aspek perlaksanaan bedah siasat mayat yang lebihd i p e n g a ruhi faktor perundangan melebihi aspek klinikal perlu diberi perhatian serius bukan sahaja oleh pengamal perubatan bahkan oleh penggubal polisi. Garis panduan ini memberi makna dan implikasi yang mendalam dan boleh membantu menyelesaikan banyak masalah dalam isu bedah siasat mayat pada masa ini dan akan datang.

Pencegahan Jenayah

PENCEGAHAN JENAYAH

Ragut & Seluk Saku

Tempat di mana sering berlaku
· Kejadian kerap berlaku di tepi jalan dan dilorong sunyi
· Biasanya peragut berjalan kaki dan bermotosikal
· Penyeluk saku sering bertindak di tempat yang sibuk.
Bagaimana boleh berlaku
· Menyimpan wang atau dompet di saku yang terbuka.
· Memakai barang kemas dengan ketara dan mendedahkan untuk tontonan.
· Berebut-rebut menaiki kenderaan awam atau berada di tempat sesak.
· Membawa beg tangan dengan cara yang mudah diragut.


Cara Pencegahan
· Bawa wang sekadar mencukupi untuk membeli-belah. Simpan wang dengan baik bagi mengelakkan penyeluk saku mengintai peluang.
· Bagi wanita, beg tangan seelok-eloknya dibimbit untuk mengelakkan diragut oleh peragut bermotosikal.
· Bagi lelaki, dompet elok disimpan diadalam kocek berbutang.
· Jangan biarkan beg tangan diletak ditempat yang mudah dicapai oleh orang lain ketika membeli-belah.
· Pastikan anda mengepit/membimbit tas tangan dengan kemas ketika berjalan di tempat yang sibuk/sesak.
· Jangan memakai barang kemas yang terlalu banyak ketika berada di tampat awam.
· Elakkan dari berjalan ditempat yang sibuk dan berebut-rebut.
· Jangan mudah lalai oleh kekecohan yang dilakukan oleh orang yang tidak kenali dan tawaran untuk menolong membersihkan baju anda.
· Elakkan daripada tertidur semasa menaiki kenderaan awam atau meninggalkan barang kepunyaan anda tanpa dijaga.
· Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali dan cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab umpamanya bertanyakan alamat, nama orang dan sebagainya.
· Periksa segera dompet atau beg tangan anda jika dilanggar atau diasak oleh orang lain.



Rogol
Sejak kebelakangan ini, jenayah rogol kerap berlaku, melibatkan mangsa pada peringkat umur yang masih terlalu muda untuk mengenal erti hidup. Jenayah ini bertambah ngeri apabila mangsa dibunuh selepas dirogol; bagi yang masih hidup, mangsa akan membayangkan kehidupan masa depan yang gelap, dipenuhi kekeliruan emosi, fobia dan syak wasangka.

Bagi menghindari rogol, sedikit tips pencegahan digariskan agar kaum wanita boleh berwaspada sentiasa:-

Bagaimana boleh berlaku?
· Perogol biasanya menyerang mangsa yang berseorangan di tempat sunyi
· Menerima pelawaan perogol untuk bersiar-siar, bermalam di hotel atau rumah dan sebagainya.
· Makanan atau minuman yang mengkhayalkan atau tidak sedarkan diri.
· Mempercayai bomoh yang berjanji menyembuhkan penyakit dengan hubungan seks.
Bagaimana mengelakkannya?
· Pastikan tiada orang lain di dalam kereta ketika anda hendak memandu sendirian.
· Sentiasa berwaspada ketika menuju ke kereta di lapangan letak kereta yang terbuka.
· Ketika hendak menggunakan pengangkutan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.
· Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam (tandas, stesyen bas dan sebagainya).
· Pastikan anda berteman ketika memasuki lif di tempat-tempat yang sunyi dan terpencil.

Bagaimana boleh berlaku
· Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap
· Menggunakan 'jack' untuk membuka jerjak besi tingkap
· Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
· Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka.
· Tingkap yang tidak berkunci/terbuka
· Menggunakan kunci pendua.

Sebab Berlaku Pecah Rumah
· Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong
· Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing
· Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar
· Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.
· Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.
Cara Pencegahan
· Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
· Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak keselamatan.
· Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
· Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
· Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
· Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
· Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.
· Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik unutk rumah/bangunan.
· Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah

Dadah

Penyalahgunaan Dadah Di Malaysia
Masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia telah tiba di tahap serius dan dianggap sebagai ancaman utama negara mengambilalih ancaman komunis yang telah meletak senjata. Di antara faktor-faktor yang meletakkan penyalahgunaan dadah sebagai ancaman utama negara ialah :-
· jumlah penagih yang didaftar lebih kurang 200,000 orang;
· jumlah wang yang terlibat untuk pemulihan;
· kos rawatan, perubatan, tenaga kerja yang hilang;
· kesan dan kerugian dari segi ekonomi, sosial dan jenayah.

Malaysia terlalu dekat dengan Golden Triangle iaitu kawasan terbesar di dunia yang mengeluarkan pelbagai jenis dadah. Pengedaran dadah, jenis candu, heroin dan ganja adalah dari kawasan Golden Triangle masuk ke Malaysia melalui Thailand. Pengaliran dadah sintetik seperti dadah syabu adalah daripada negara Filipina, dan ecstacy dari negara-negara Eropah.


Bermula pada tahun 1997 hingga April 1999, PDRM berhadapan dengan seramai 87,868 orang penagih dadah, terdiri daripada 45,869 penagih baru dan 41,999 penagih tegar. Penyalahgunaan dadah ini juga telah menular ke kawasan FELDA, sektor perkilangan dan para nelayan. Seramai 3,551 orang peneroka, 2,189 pekerja sektor perkilangan dan 2,620 nelayan telah terlibat. Dari sejumlah2,620 nelayan tersebut, seramai 384 dihinggapi HIV dengan 20 kematian.

Penguatkuasaan
Dasar penguatkuasaan kita adalah menyekat kemasukan dadah dan mengambil tindakan terhadap pengguna-pengguna dadah. Kita mempunyai peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk tujuan penguatkuasaan.

Tangkapan
Bagi tempoh 1997 hungga Jun 1999, seramai 4,334 orang telah ditangkap kerana disyaki mengedar dadah di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952. Seramai 3,856 orang ditangkap di bawah Undang-Undang Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).

Rampasan
Sebanyak 173,387 kg. Candu, 703,447 kg. Heroin dan 6,148.203 kg. Ganja telah dirampas dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

Pengesanan/Pembongkaran
Kita telah mengesan 17 sindiket yang terlibat dengan senjatapi; 23 tangkapan telah dibuat, di mana 9 daripada mereka telah terkorban selepas tembak menembak dengan pihak polis. Sebanyak 20 pucuk pistol dan 1,294 butir peluru telah dirampas dari sindiket pengedaran dadah.
Jabatan ini juga telah berjaya membongkar 14 buah makmal haram dan berjaya menangkap 17 ahli sindiket yang sedang memproses dadah di makmal tersebut.

Rampasan Harta
PDRM juga telah berjaya merampas harta bernilai RM41.93 juta, terdiri dari 7 buah bot, 2 buah bungalow, 3 buah kondominium, 13 buah rumah teres, 157 buah kereta mewah dan wang tunai.

Tangkapan Warganegara Asing
Seramai 241 warganegara asing telah ditangkap dalam pengedaran dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala seramai 434 orang pendatang haram telah ditangkap di bawah akta yang sama.

Di samping itu, dengan kerjasama di antara Jabatan Narkotik dan agensi-agensi penguatkuasaan dadah antarabangsa, seramai 26 rakyat Malaysia telah ditangkap di luar negara kerana penglibatan dalam pengedaran dadah di peringkat antarabangsa.

Hukuman
Sehingga tahun Jun 1999, seramai 209 orang telah menjalani hukuman gantung sampai mati, manakala seramai 270 rakyat Malaysia dan 26 orang rakyat asing masih menunggu hukuman gantung sampai mati.

Operasi Bersama Peringkat Antarabangsa
Bagi membendung pengaliran dadah ke negara ini, pihak PDRM telah mengambil bahagian di dalam "International Narcotics Joint Operations" di peringkat antarabangsa. Oleh kerana komitmen negara ini, Pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengiktiraf Malaysia sebagai "Model for countries that need to estabilish more effective control system…." Pengiktirafan yang sama turut diberikan oleh Presiden Amerika Syarikat.

Pada tahun 1998 Malaysia juga telah diiktiraf oleh negara tersebut sebagai bukan lagi negara transit bagi pengedaran dadah antarabangsa. Pihak berkuasa Drug Enforcement Administration - United States Department of Justice telah memberi penghargaan kepada pihak kita "For Outstanding Contribution In The Field Of Drug Law Enforcement".

Pada tahun 1999 Presiden Interpol telah memberi penghargaan kepada langkah-langkah penguatkuasaan yang diambil oleh Malaysia untuk membenteras pengedaran dadah. Dengan kerjasama di kalangan semua rakyat dan pihak agensi kerajaan yang lain, PDRM dapat membendung masalah penyalahgunaan dan pengedaran dadah di Malaysia.

Kesan Buruk Najis Dadah
· Merosakkan sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang)
· Mengakibatkan kematian mengejut
· Dalam keadaan mabuk atau khayal, penagih tidak dapat mengawal pergerakan badan
· Risiko jangkitaj AIDS, hepatitis dan kancing gigi apabila menggunakn alat suntikan yang kotor.
· Kesan kepada wanita mengandung :- keguguran, kelahiran bayi sonsang, lahir belum cukup umur, kematian bayti semasa lahir dan melahirkan bayi yang menunjukan gejala tarikan.
· Melemah dan merosalan daya pemikiran,pemahaman,percakapan,perngiraan dan kebolehan menyelesaiakn masalah.
· Melemahkan aktiviti otak,terutama daya menyelesaikan maslah, budibcara dan penganilasaan.
Peranan Ibubapa Membasmi Dadah
· Menagamalkan hubungan yang erat dikalangan ahli keluarga
· Mebri kasih sayang yang sanma rata kepada semua ahli keluarga
· Menjadikan diri anda sebagai contoh yang baik.
· Meluangkan masa untuk bersama anak-anak dan ahli keluarga.
· Sentiada bersedia berkomunikasi fan mendengar masalah anak-anak.
· Peka dan mengambil tahu aktiviti-aktiviti anak danrakan sebaynya.
· Menentukan ahli keluarga memperolehi ubatan-ubatan dari daktor atau ahli farmasi yang bertauliah dengan sukatan-sukatan yang talah ditetapkan.
· Peka terhadap kawasan sekitar tempat tinggal yang mungkin dijadikan sarang penagih najis dadah dan melaporkan kepada pihak polid jika terdapat prgerakan yang mencurigakan..
· Memberikan sokongan kepada program pemulihan najis dadah yang melibatkan ahli-ahli keluarga.
Keganasan Rumahtangga

Maksud Keganasan Rumahtangga
Keganasan rumahtangga mengikut tafsiran Seksyen 2 Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (akta 521) adalah pelakuan mana-mana perbuatan yang berikut :-
· Secara bersenjata atau dengan disedarinya meletakkan, atau cuba meletakkan mangsa itu dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal;
· Menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa itu dengan sesuatu perbuatan yang diketahui atau yang sepatutnya diketahui akan mengakibatkan kecederaan fizikal;
· Memaksa mangsa itu dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan apa-apa kelakuan atau perbuatan berbentuk seksual ataupun selainnya, yang mangsa itu berhak tidak melakukan;
· Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa itu; atau
· Melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepada harta dengan niat untuk menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia berkemungkinan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa itu oleh seseorang terhadap :-

o Isteri atau suaminya;
o Bekas isteri atau suaminya;
o Kanak-Kanak;
o Orang dewasa tidak berkeupayaa; atau
o Mana-mana anggota lain keluarga

Siapa Yang Terlibat
Sila rujuk kepada para (v) - (a-e)

Bagaimana Hendak Membuat Laporan
Sesiapa juga yang mengetahui ada kejadian keganasan rumahtangga berlaku atau sesiapa yang menjadi mangsa boleh membuat laporan di mana-mana balai polis. Laporan polis boleh ditulis sendiri oleh pengadu atau meminta bantuan dari anggota polis yang bertugas di pejabat pertanyaan di balai berkenaan.

Hak Mangsa
Mangsa keganasan rumahtangga mendapat perlindungan di bawah Akta Keganasan Rumahtangga 1994 mengikut seksyen-seksyen berikut :-

Seksyen 4 - Perintah Perlindungan Interim
1. Mahkamah boleh, sementara menunggu penyiasatan berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan yang melibatkan keganasan rumahtangga, mengeluarkan perintah perlindungan interim yang menghalang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada menggunakan keganasan rumahtangga terhadap isteri atau suami atau bekas isteri atau suaminya atau kanak-kanak atau orang dewasa tak berkeupayaan atau mana-mana anggota lain keluarga, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana dinyatakan dalam perintah itu.
2. Sesuatu perintah perlindungan interim hendaklah terhenti berkuatkuasa setelah selesainya penyiasatan.
Rumah Perlindungan
Mangsa-mangsa keganasan rumahtangga boleh mendapatkan perlindungan sementara sama ada disediakan oleh :-
i. Jabatan Kebajikan Masyarakat
ii. Badan-Badan Bukan Kerajaan
Lain-Lain Perkara Berkaitan
Mangsa keganasan rumahtangga perlu sedar bahawa mereka yang teraniaya mendapat perlindungan dan pembelaan di bawah undang-undang.

malaysia adalah negara islam

MALAYSIA NEGARA ISLAM

Pendahuluan:
1. Bersyukur kita ke hadhrat Allah s.w.t. atas kurniaNya yang tidak ternilai harganya iaitu sebuah negara Malaysia yang aman dan makmur menerusi kepimpinan yang baik dan berwibawa . Kerana itu semuanyalah maka kita berpeluang berada di sini dan berbicara mengenai “Malaysia Negara Islam” demi kehidupan yang lebih berbahagia untuk kita semua dan zuriat kita seterusnya.
Latar belakang:
2. Malaysia adalah sebuah negara merdeka dan berdaulat. Ianya mengandungi empat belas buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan. Rakyatnya terdiri daripada berbagai kaum dan menganuti agama yang berlainan. Perlembagaan Malaysia yang menjadi kebanggaan rakyatnya merupakan “kontrak sosial” yang istimewa dan unik, terbina atas asas kerelaan dan kesediaan memberi dan menerima yang bermatlamatkan hidup bersama dalam suasana rukun damai dan bahagia.
3. Keinginan untuk hidup bersama dalam suasana aman dan makmur di Malaysia ini nampaknya terganggu terutama bila terdapat adanya usaha-usaha menggagalkannya. Antara usaha yang paling merbahaya ialah memutar belitkan ajaran Islam sehingga berjaya mengeliru dan mempengaruhi sejumlah yang tidak kecil dikalangan rakyat terutama golongan yang fanatik.
4. Antara kesan kekeliruan tersebut timbulnya individu atau kumpulan yang menyebarkan ajaran menyeleweng sehingga sanggup mengkafirkan orang Islam yang tidak sama pendirian politik dengan mereka. Kononnya orang Islam yang menganggotai parti politik UMNO sebagai kafir dan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO mengekalkan perlembagaan penjajah, peraturan kafir dan peraturan Jahiliyah yang mesti ditentang dan jika mati ianya mati syahid.
5. Ajaran tersebut tidak tinggal sebagai ajaran semata-mata, sebaliknya ia telah diterima, diyakini dan dilaksanakan oleh pengikut-pengikutnya. Justeru berlakulah berbagai pelanggaran terhadap hukum Islam sendiri. Antara pelanggaran yang ketara ialah peristiwa sembahyang dua imam dalam sebuah masjid, mendirikan solat jumaat secara berasingan di tempat yang tidak dibenarkan dan memulau kenduri-kendara. Malah berlaku tindakan dan perbuatan ganas yang boleh mengancam ketenteraman negara dan menjatuhkan kerajaan secara tidak berpelembagaan. Peristiwa Memali dan beberapa insiden kekerasan dan keganasan yang lain membuktikan pelanggaran terhadap kesucian ajaran Islam sendiri.
Penjelasan:
6. Kenyataan Y.A.B. Perdana Menteri mengenai Malaysia Negara Islam adalah suatu yang bijaksana dan sangat besar ertinya yang insya Allah mampu mempertahankan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Sesungguhnya pernyataan Malaysia Negara Islam bukanlah suatu slogan kosong dan tidak juga suatu sandiwara yang diada-adakan, malah ianya suatu hakikat dan realiti yang tidak boleh, malah tidak patut dinafikan lagi.
7. Kenyataan itu sebenarnya adalah suatu penjelasan, bukannya pengisytiharan. Ini penting difahami dengan tepat kerana pada masa ini terdapat di kalangan rakyat Malaysia yang menganggap bahawa kenyataan itu sebagai suatu perisytiharan sehingga ada yang terperanjat, takut dan kecewa. Sebenarnya hakikat Malaysia sebagai negara Islam tidak perlu diisytiharkan lagi kerana tarafnya sebagai negara Islam telah terlaksana sejak perisytiharan kemerdekaannya dahulu lagi.
8. Namun demikian masih terdapat di kalangan rakyat Malaysia yang tidak mengiktiraf Malaysia Negara Islam, sehingga isu penubuhan negara Islam di Malaysia menjadi begitu hangat dan sensitif. Ada pihak yang kononnya berjuang mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam (kerana bagi mereka Malaysia sekarang sebuah negara sekular dan bukan negara Islam) dan ada pihak yang lain pula terus mempertahankan Malaysia sebagai negara sekular. Hal ini terjadi disebabkan perbezaan dalam memahami Perlembagaan Malaysia yang ada dan tidak menerima pandangan ulama mu’tabar terdahulu.
9. Perbezaan pandangan ini tidak tinggal setakat perbincangan akademik sahaja, malah telah mempengaruhi lebih jauh sehingga menjadi asas dan isu politik yang mendalam yang menimbulkan berbagai implekasi; Malah meninggalkan kesan yang menyedihkan dan menggerunkan.
Bukti Malaysia Negara Islam:
10. Sesungguhnya Malaysia adalah sebuah negara Islam. Bukti Malaysia Negara Islam boleh dirujuk kepada perkara-perkara berikut:
Peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia:
Perlembagaan Malaysia jelas memberikan kedudukan yang istimewa kepada Islam. Ini dapat dilihat seperti berikut:
i. “ Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.” Perkara 3(1) dalam perlembagaan ini telah dihuraikan oleh beberapa tokoh undang-undang di Malaysia. Ada yang berpendapat peruntukan itu sekadar menjelaskan bahawa upacara rasmi negara bolehlah dijalankan mengikut Islam. Namun demikian Almarhum Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim telah menegaskan bahawa dengan adanya peruntukan “Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan”, maka Malaysia boleh memperkenalkan dirinya sebagai negara Islam.
ii. Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu adalah ketua agama Islam.
iii. Urusan pentadbiran Islam menjadi tanggunjawab Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Pandangan Ulama Mu’tabar:
i. Memahami dan mengetahui pandangan beberapa ulama mengenai konsep negara Islam sangat penting, kerana kekeliruan dan keengganan untuk mengakui Malaysia Negara Islam adalah berpunca dari keengganan menerima pandangan-pandangan ini. Sebenarnya konsep “negara Islam” tidak terdapat di dalam nas yang jelas dari Al-Quran dan Al-Sunnah.
ii. Konsep negara Islam hanya dibincangkan oleh ulama-ulama terkemudian. Jadi ia termasuk dalam perkara-perkara “ijtihadiyyah” iaitu hasil kefahaman ulama yang berkenaan mengenainya.
iii. Ada berbagai difinisi yang diberikan oleh ulama mengenai negara Islam ini antaranya:
- Muhammad bin Hasan as-Syaibani menyatakan :
“Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya.”
- Muhammad Abu Zuhrah menjelaskan:
“Negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahanannya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim.”
- Menurut Dr. Mohammad Sa’id Ramadhan al-Butiy ketika membuat kesimpulan mengenai berbagai definisi negara Islam beliu menjelaskan bahawa “pelaksanaan hukum-hukum syariah Islamiyyah bukanlah menjadi syarat untuk mengiktiraf sesebuah negera itu sebagai negara Islam.”
iv. Ini bermakna anggapan oleh pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud menjadi syarat bagi mengiktiraf sesebuah negara sebagai negara Islam adalah tidak tepat dan bercanggah dengan pegangan umum ulama mu’tabar.
v. Dengan mengambil kira kepelbagaian difinisi tersebut dan keadaan yang wujud di Malaysia, maka konsep negara Islam dapatlah disimpulkan sebagai berikut:
“Negara Islam itu ialah negara yang dipimpin oleh orang Islam, dan orang Islam boleh melaksanakan tanggungjawab agamanya dengan aman, termasuklah memberi kebebasan kepada orang bukan Islam mengamalkan agama masing-masing. Dan setiap rakyat wajib mempertahankannya.”
vi. Berdasarkan penjelasan yang diberikan nyatalah bahawa Malaysia Negara Islam kerana ciri-ciiri utama yang ditetapkan oleh ulama wujud dan terlaksana di Malaysia.

Pengiktirafan dunia:
i. Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam dan telah menganggotai O.I.C sejak mula lagi.
ii. Pengiktirafan Malaysia Negara Islam contoh diberikan oleh negara Islam dan bukan Islam diseluruh dunia.
Pelaksanaan Pentadbiran Negara:
i. Asas pentadbiran Malaysia hari ini selaras dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, dalam bidang perundangan berbagai usaha telah dijalankan untuk menyelaraskan antara undang-undang sivil dan syarak. Dalam bidang mu’amalat dan ekonomi terdapat sistem baru yang selaras dengan ajaran Islam telah dilaksanakan seperti Sistem Perbankan Islam, Takaful, Al Rahn dan sebagainya.
ii. Selain dari itu dalam bidang pendidikan juga tidak ketinggalan disepadukan antara tuntutan ilmu fardhu ‘ain dan fardhu kifayah. Malah asas pembentukan syahsiah pegawai dan kakitangan kerajaan adalah dari nilai-nilai murni Islam.
iii. Kesungguhan kerajaan menghayati ajaran Islam dapat dilihat dalam usaha-usahanya membebaskan umat Islam dari belenggu khurafat, tahayul dan ajaran sesat, dengan sentiasa memberikan penjelasan dan penerangan menerusi berbagai media. Di samping itu kerajaan juga sentiasa mengambil berat mempastikan makanan dan barang gunaan umat Islam di negara ini halal dan suci. Malah Malaysia merupakan negara Islam terulung dan terkemuka dalam menjaga aqidah, syariah dan akhlak umat Islam di dunia hari ini.
iv. Antara bukti lain yang paling jelas menunjukkan Malaysia Negara Islam ialah penubuhan berbagai institusi yang berkaitan dengan pentadbiran Islam khususnya penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Mufti.
Muzakarah Fatwa:
i. Setelah mengambil kira berbagai pandangan, hujah dan keadaan yang wujud di Malaysia, serta akibat buruk dari penolakan Malaysia sebagai negara Islam, maka Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 3-4 Februari 1986 telah mengambil keputusan bahawa Malaysia Adalah Sebuah Negara Islam.
ii. Kenyataan ini dengan jelas menolak anggapan kononnya Malaysia negara sekular kerana ciri-ciri sekularisma yang bermatalamatkan keduniaan semata sebagaimana yang difahami tidak wujud dalam falsafah dan pengurusan pentadbiran negara serta pegangan hidup rakyat Malaysia yang beragama Islam.
Jaminan untuk Rakyat Bukan Islam:
11. Kenyataan Malaysia Negara Islam sedikit sebanyak telah menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat yang bukan Islam, terutama bila terdapat beberapa pentafsiran salah yang cuba menakut-nakutkan mereka. Kekeliruan mengenainya sepatutnya tidak timbul kerana kepimpinan negara telah menjelaskan sifat Negara Islam Malaysia adalah berasaskan kehendak Islam yang sebenar dan tulin, yang tentunya berbeza dengan pendekatan yang dilaksanakan oleh setengah-setengah negara Islam yang lain di dunia hari ini, yang sering memperlihatkan tindakan ganas dan tidak bertimbangrasa. Sesungguhnya prinsip-prinsip ajaran Islam seperti adil, bertimbangrasa menghormati kebebasan beragama menjadi amalan kerajaan sepanjang masa.
12. Kepimpinan Malaysia hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan tetap mempertahankan perlembagaan yang sedia ada yang mengiktiraf kebebasan beragama disamping menjaga hak-hak rakyat dengan saksama. Kerajaan juga bertanggungjawab mempertahankan keselamatan negara dan menentang apa jua bentuk keganasan yang berlaku dan mungkin berlaku walau dari mana punca sekalipun. Oleh itu tidak ada sesiapa yang patut keliru, takut dan bimbang mengenai kedudukan mereka dalam negara Malaysia ini. Kerajaan yang ada sekarang sentiasa mempastikan tanggungjawabnya kepada rakyat dipenuhi dan dilaksanakan dengan saksama berpandukan kehendak-kehendak Perlembagaan Negara.
13. Meyakini dan berpegang dengan jaminan ini sangat penting bagi warga negara Malaysia seluruhnya. Oleh itu corak kepimpinan Islam yang ada di Malaysia hari ini mesti diteruskan dan dipertahankan jika inginkan kehidupan yang aman dan makmur bertambah dan berterusan serta mendapat keredhaan Allah ‘Azza wa jalla.
14. Sebaliknya menyerah dan membiarkan Malaysia dipimpin oleh kepimpinan golongan yang menolak hakikat Malaysia Negara Islam akan membawa Malaysia ke jurang kemusnahan dan kehancuran sepertimana yang di alami oleh banyak negara di dunia hari ini. Sikap ini dilarang oleh Islam.
Faedah Penerimaan:
15.Menerima Malaysia Negara Islam memberikan faedah yang banyak terutamanya dapat menyatukan kembali umat Islam di Malaysia dalam ikatan ukhuwah Islamiah yang tulin, yang tentunya akan menambahkan lagi kekuatan dan perpaduan.
16. Selain dari itu ianya dapat mengelakkan pembaziran tenaga, masa dan wang ringgit dari digunakan untuk perkara-perkara yang sebenarnya tidak penting dan remeh.
17. Di samping itu, dapat membentuk masyarakat yang berdisiplin, yang cintakan keamanan serta memusuhi perseteruan dan keganasan.
18. Kemuncaknya, melahirkan sebuah negara Malaysia yang aman dan makmur serta mendapat keredhaan Allah.
Kewajipan kita:
19. Kita sebagai umat Islam secara khusus, dan rakyat Malaysia secara umum hendaklah menerima penjelasan ini dengan penuh keyakinan dan kepercayaan. Menerima dengan erti mentaati keputusan yang baik yang dibuat oleh kerajaan adalah wajib hukumnya ke atas kita sekalipun mungkin kita tidak suka dengan keputusan itu.
20. Dalam ajaran Islam walaupun sesuatu isu itu merupakan isu ijtihadiyyah yang pada asalnya umat Islam boleh berbeza pendapat, tetapi apabila ianya telah ditentukan oleh pemerentah “ulil amri”, maka pada ketika itu seluruh umat Islam wajib mematuhi keputusan itu dan tidak boleh mempertikaikannya lagi. Mengingkari keputusan “ulil amri” adalah suatu maksiat dan pendurhakaan.
21. Adalah suatu kebijaksanaan sekiranya kita dapat menggunakan kewarasan fikiran kita lalu kita berpegang dengan hakikat Malaysia Negara Islam seperti yang dinyatakan oleh kerajaan, kerana dengan berbuat demikian kita secara langsung telah menyumbangkan saham yang besar dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan negara kita, yang dengan sendirinya akan membawa kesan positif kepada kemulian Islam dan keagungan umatnya.
22. Kita sama-samalah menjauhkan diri dari kekeliruan yang dibawa oleh idividu atau puak-puak tertentu, kerana ajaran Islam yang dipegang oleh kerajaan itu sangat jelas, lurus dan berasas. Ingatlah akan betapa buruknya akibat yang akan menimpa sekiranya keengganan untuk menerima Malaysia Negara Islam sebagaimana yang telah dinyatakan. Jangan sengaja menempah huru-hara dan sengsara, kerana bila ia datang menangis dengan airmata darah sekalipun tidak berguna lagi.