Wednesday, February 17, 2010

Nazri d Great: Setiausaha Politik: Antara tugas dan Realiti

Nazri d Great: Setiausaha Politik: Antara tugas dan Realiti

Setiausaha Politik: Antara tugas dan Realiti


Apakah tugas sebenar Setiausaha politik(SUPOL)? Adakah mereka ini yang merencanakan perjalanan politik bos mereka(menteri) atau pun tidak kurang juga yang menggunakan jawatan ini sebagai platform untuk menjadi wakil rakyat.. Jika benar kawatan SUPOL ini digunakan untuk political mileage..maka siapakah yang sebenarnya menjaga hal ehwal politik bos mereka??


Merujuk kepada Perkara 43C Perlembangaan Persekutuan yang menyatakan bahawa:
(1) Perdana Menteri boleh melantik apa-apa bilangan orang yang difikirkannya patut untuk menjadi Setiausaha-Setiausaha Politik.

(2) Seseorang yang dilantik sebagai Setiausaha Politik menurut kuasa Perkara ini--
(a) tidak semestinya seorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen;

(b) boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa;

(c) tertakluk kepada perenggan

(b), hendaklah terus memegang jawatan sehingga masa pelantikannya ditamatkan oleh Perdana Menteri.
(3) Peruntukan Fasal (4) Perkara 43B hendaklah terpakai bagi Setiausaha-Setiausaha Politik sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi Setiausaha-Setiausaha Parlimen

(4) Tugas-tugas dan fungsi-fungsi Setiausaha-Setiausaha Politik, dan saraan mereka, hendaklah ditentukan oleh Jemaah Menteri.


Justeru jika dilihat bahawa jawatan SUPOL ini adalah satu jawatan yang penting dan mereka menrupakan antara anggota kerajaan. Maka sewajarnya SUPOL melaksanakan tugas yang diberikan dengan sewajarnya. mereka perlu menjaga kewibawaan dan imej bos mereka. Janganlah memalukan mereka dengan perkara-perkara yang tidak senonoh..

Tuesday, February 9, 2010

Nazri d Great: Siap Siagakah BN Sarawak...

Nazri d Great: Siap Siagakah BN Sarawak...

Siap Siagakah BN Sarawak...




Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak dijangkakan akan berlaku pada tahun 2010..Adakah jentera BN sarawak di bawah kepimpinan Pehin Seri Taib Mahmud mampu mengekalkan corak kemenangan Barisan Nasional yang begitu stylo...


Satu perkara yang tidak boleh dilupakan adalah sumbangan kerusi Parlimen Sarawak yang telah menyelamatkan BN dibawah Tun Abdullah Badawi yang mana BN telah disembelih oleh rakyat yang mahukan perubahan..


Apa pun saya yakin YAB Pehin Seri mempunyai corak kepimpinan dan strategi perangsaraf yang akan memberikan impak besar kepada Barisan Nasional....all d best tok uban

Nazri d Great: Dato' Dr Zambry Menteri Besar Perak yang sah

Nazri d Great: Dato' Dr Zambry Menteri Besar Perak yang sah

Dato' Dr Zambry Menteri Besar Perak yang sah

Tahniah diucapkan kepada Y.A.B Dato' Dr. Zambry atas kejayaan dalam isu MB yang mana sah & yang mana tidak sah..Justeru keputusan mahkamah persekutuan hari ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan BN adalah kerajaan yang sah disisi undang-undang.
Harapan kami agar Dato' dan seluruh jentera kerajaan Perak akan terus bekerja dengan ikhlas.Walau apa pun yang akan diperkatakan oleh Pembangkang..itu adalah lumrah pembangkang yang hanya hangat2 tahi ayam sahaja...
Rakyat didahulukan..pencapaian diutamakan..