Monday, December 26, 2011

Published with Blogger-droid v2.0.2
Published with Blogger-droid v2.0.2

Gerakan Reformasi 1998 pd 9 Januari 2012 kembali?

Salam Reformasi!!! Ungkapan Reformasi ini sering kedengaran sejak tahun 1998 apabila Dato Seri Anwar Ibrahim ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan juga Menteri Kewangan Malaysia dibawah pentadbiran YAB Tun Mahathir. Kebijaksanaan pentadbiran dan pelan perancangan YAB Tun Mahathir bnyk memberi kesan kepada masyarakat Malaysia. Terdirinya Pusat Pentadbiran Kerajaan PUTRAJAYA yg menjadi rebutan dan mimpi pihak pembangkang.


Tatkala Dato Seri Anwar Ibrahim dipecat dari Kerajaan oleh YAB Tun Mahathir. . oleh sebab. . Tak perlu kita bicarakan lagi, Dato Seri Anwar Ibrahim telah berjaya memanipulasikan dgn meniupkan semangat orang MUDA untuk menentang kerajaan Yab Tun Mahathir diataa nama REFORMASI.Reformasi ini menarik simpati dan empathy rakyat Malaysia agar mempercayai teori KONSPIRASI.KONSPIRASI REFORMASI SIMPATI DAN EMPATHU RAKYAT DIHATI adalah politik baru yang diperkenalkan oleh Anwar.


Perjuangan Reformasi hanyalah atas sifat perjuangan mempertahankan individu dan tidak lebih dari itu. Konspirasi, korupsi, integriti dan hipokrasi adalah ramuan politik baru yang dibawa ketika itu.Kita lihat sejak 1998 -2011. . . Apa peruangan yg dibawa, apa reformasi politik dan transformasi yg dilakukan oleh pembangkang.Reformasi tak lebih sekadar omong- omongan kosong semata mata.


Politik baru yg diperkenalkan adalah hak kebebasan bersuara,perhimpunan demonstrasi atas nama hak asasi sehingga sanggup menggadaikan maruah agama bangsa negara dan juga institusi raja raja. Politik Mesir,Libya,Indonesia dan Thailand dijadikan sbg inspirasi kpd orang muda dan pelajar pelajar universiti untuk melawan dan menetang kerajaan.

Hasil daripada didikan inilah yg menjadikan Mahasiswa Malaysia sering diperkudakan oleh pembangkang dan menjadikan mereka kuranh matang.bertindak mengikut emosi dan bukan menggunakan akal fikiran anugerah Ilahi.

Diharapkan kedatangan tahun 2012 membawa rahmat dan kesejahteraan kepada Malaysia.Tetapi apabila gerakan Reformasi1998 ini cuba dihidupkan kembali pada 9 Jan 2012 atas perjuangan aper? Pada pengamatan saya 9 Jan 2012 ini hanyalah bersifat defensif politik demi menyelamatkan maruah pemimpin dan survival parti politik.

Slogan REFORMASI sengaja digerakkan bg memperdayakan masyarakat Malaysia bagi meraih simpati kpd nasib pemimpin mereka.Pelajar dan Mahasiswa dibakar semangat mereka agar membenci kerajaan dan menjadikan kejatuhan kerajaan Libya dan  Mesir dijadikan pedoman agar mereka ini digelar sebagai pejuang demokrasi.

Saya berharap agar rakyat Malaysia dapat belajar dr insiden insiden yg lepas dan Reformasi ini hanyalah gimik politik semata mata dan janganlah diperbodohkan untuk diperkudakan mereka sbg alat tunggangan politik dan juga benteng pertahanan mereka.


Salam Perjuangan Salam 1 Malaysia


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, December 22, 2011

Nazri d Great: BERSEDIAKAH MAHASISWA MALAYSIA UNTUK BERPOLITIK MATANG

Nazri d Great: BERSEDIAKAH MAHASISWA MALAYSIA UNTUK BERPOLITIK MATANG

BERSEDIAKAH MAHASISWA MALAYSIA UNTUK BERPOLITIK MATANG

BERSEDIAKAH MAHASISWA MALAYSIA UNTUK BERPOLITIK MATANG

YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak merupakan pemimpin yang telah banyak membawa perubahan kepada Malaysia semenjak mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri daripada YAB Tun Abdullah Badawi. YAB Dato’ Seri Najib telah menjadikan kebajikan rakyat sebagai agenda utama pentadbiran. Pengenalan slogan ‘Rakyat Didahulukan , Pencapaian diutamakan” adalah cukup simbolik dihati rakyat Malaysia. Ianya diperkukuhkan lagi apabila kerajaan memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan dan Program Tarnsformasi Ekonomi yang bertujuan untuk menjaga kebajikan rakyat.

Gagasan 1 Malaysia diperkenalkan agar nilai-nilai murni Perpaduan dapat diperkukuhkan dan dipelihara berlandaskan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Jelas menunjukkan sehingga hari ini kerajaan dibawah pemerintahan YAB Perdana Menteri komited dalam membela rakyat dan mendidik rakyat kea rah rakyat yang bertamadun tinggi.

Tetapi Negara dikejutkan dengan tindakan biadap seorang pelajar yang bernama Adam Adli. Tindakannya yang menurunkan bendera YAB Perdana Menteri selaku Presiden UMNO dan menaikkan bendera BEBAS dilihat sebagai suatu tindakan yang tidak bertamadun dan telah membangkitkan kemarahan rakyat khususnya orang Melayu. Ini dianggap sebagai penghinaan kepada parti UMNO yang memperjuangakan Agama Islam, orang Melayu dan Tanah air Malaysia.

Soalnya disini,apakah rasional yang dilakukan oleh Adam Adli yang merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris? Siapakah Adam Adli ini?Adakah dia merupakan seorang peguam?ahli perniagaan?arkitek?ahli muzik?atau ahli politik? Saya terlupa bahawa Adam Adli merupakan seorang Mahasiswa. Mahasiswa yang masih belajar di IPT yang masih belum tahu masa hadapannya sendiri.

Pejuangan untuk kebebasan akademik dijadikan sebagai perisai oleh Adam Adli dan rakan-rakan mereka. Perjuangan mereka ini jelas dan nyata dinaungi oleh Parti Politik. Apabila laporan Polis yang dibuat oleh Adam Adli di Bukit Aman,siapakah yang menjadi pengiring dan jurucakap mereka?Tidak lain, saudara Che’gu Bard yang merupakan Ketua Angkatan Muda KeAdilan. Bukan ini dinaungi oleh Politik?

YAB Perdana Menteri telah mengusulkan di Parlimen dalam sesi yang lepas untuk meminda seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1970 yang membenarkan Mahasiswa dan Mahasiswi untuk terlibat dalam Parti Politik tetapi tidak boleh membawa ideologi politik kepartian ini ke dalam kampus. Pada pandangan saya, jika seksyen 15 ini dipinda amatlah sukar untuk memastikan Mahasiswa tidak membawa politik kepartian ke dalam kampus masing-masing.

Ini dapat dibuktikan dengan insiden Adam Adli dan juga insiden-insiden yang lepas dimana Mahasiswa Malaysia seringkali menjadikan provokasi dan demonstrasi atasa nama Kebebasan sebagai medium untuk mereka berpolitik. Atas nama kebebasan inilah yang menyebabkan mereka alpa bahawa setiap kebebasan ada hadnya. Kebebasan yang bagaimana dilaungkan? Adakah kebebasan yang melampui batas sehingga akhlak dan nilai-nilai murni orang malaysia diabaikan. Hakikatnya mereka ini adalah Mahasiswa yang tidak matang untuk berpolitik kerana mereka bangkrap dari segi nilai-nilai murni dan akhlak. Politik matang bagi mereka ini adalah politik kebebasan

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini mengugut Universiti Pendidikan Sultan Idris bakal berdepan dengan tindakan undang-undang jika tindakan disiplin dikenakan keatas Adam Adli. Ini lagi satu hujah kuat untuk mengatakan bahawa golongan yang dipayungi oleh pembangkang ini seolah-olah lupa diri sehingga menganggap mereka mempunyai immuniti dari segala tindakan undang-undang. Mencabar Universiti samalah mencabar Canselor Universiti sendiri iaitu Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak. Mencabar canselor Universiti samalah beerti mencabar Institusi Diraja.

Dalam pemerhatian saya, tindakan golongan ini hanyalah tindakan populis semata-mata. Agenda pejuangan yang cuba diperjuangkan adalah SAMAR sama sekali. Golongan ini cenderung untuk berpolitik seperti Pelajar-pelajar di Asia Tengah. Keruntuhan kerajaan Mesir dibawah pimpinan Hosni Mobarak dan kerajaan Libya dibawah Mua’mmar Ghaddafi dijadikan sebagai idola perjuangan kebebasan.

Budaya demonstrasi dan kebebasan ini dijadikan azimat perjuangan oleh gerakan pelajar-pelajar ini. Tuntutan mereka yang mahukan YAB Perdana Menteri untuk memansukan AUKU 1970 sebelum Pilihanraya Umum ke-13 dilihat sebagai satu tindakan yang tidak matang dan berlandaskan desakan politik nasional.

Apa yang berlaku ini jelas menunjukkan Mahasiswa ini kurang matang untuk terlibat dalam politik. Mereka mempertaruhkan emosi perjuangan berbanding rasional politik, Hakikatnya mereka ini perlu menimba lebih banyak ilmu bagi memastikan mereka mampu menjadi Mahasiswa yang matang dalam pemikiran bersedia untuk memasuki pasaran pekerjaan. Ingatlah bahawa perjuangan Mahasiswa belum selesai di menara gading. Banyak perkara yang perlu diutamakan. Saya ingin mnegajak golongan-golongan Mahasiswa yang tidak matang berpolitik ini untuk menghayati sajak YAB Tun Dr. Mahathir Mohamed, Mantan Perdana Menteri sebagai renungan semua.

Perjuangan Belum Selesai”
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hatiDari melihat bangsaku dijajahTidak ada yang lebih menyedihkandari membiarkan bangsaku dihinaAir mata tiada ertinyaSejarah silam tiada maknanyaSekiranya bangsa tercinta terpinggirDipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsaPara pejuang kemerdekaanBagi menegakkan kemuliaanDan darjat bangsaSelangkah bererti maraMengharung sejuta dugaanBiarkan bertatihasalkan langkah itu yakin dan cermatbagi memastikan negaramerdeka dan bangsa terpeliharaair mata sengsaramengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecilKerana mengisi kemerdekaanRupanya lebih sukar dari bermandiKeringat dan darah menuntutnyaLagi pula apalah ertinya kemerdekaanKalau bangsaku asyik mengiaDan menidakkan,Mengangguk dan membenarkan,Kerana sekalipun bangganya negarakerana makmur dan mewahnyabangsaku masih melatadan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kitaMeneruskan perjuangan kemerdekaan kitaKerana rupanya selain memerdekakan,Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanyaBukankah sejak zaman berzamanMereka menjadi pelaut, pengembaraMalah penakluk terkemuka?Bukankah mereka sudah mengembangkan sayapMenjadi pedagang dan peniagaSelain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?Bukankah bangsaku pernah mengharungSamudera menjajah dunia yang tak dikenalBukankah mereka pernah menjadiwira serantauYang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Tugas kita belum selesai rupanyaBagi memartabat dan memuliakan bangsakerana hanya bangsa yang berjayaakan sentiasa dihormatiRupanya masih jauh dan berliku jalan kitaBukan sekadar memerdeka dan mengisinyatetapi mengangkat darjat dan kemuliaanbuat selama-lamanyaHari ini, jalan ini pasti semakin berlikuKerana masa depan belum menjanjikan syurgaBagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesaiKerana hanya yang cekal dan tabahDapat membina mercu tandaBangsanya yang berjaya.

Muhamad Nazri Hj shaidon
Ahli Lantikan Menteri
Majlis Perundingan Belia Negara 2011
mdnazri007@yahoo.com