Monday, March 19, 2012

Published with Blogger-droid v2.0.4

BERSEDIAKAH MAHASISWA UNTUK BERPOLITIK

BERSEDIAKAH MAHASISWA MALAYSIA UNTUK BERPOLITIK




YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak merupakan pemimpin yang telah banyak membawa perubahan kepada Malaysia semenjak mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri daripada YAB Tun Abdullah Badawi. YAB Dato’ Seri Najib telah menjadikan kebajikan rakyat sebagai agenda utama pentadbiran. Pengenalan slogan ‘Rakyat Didahulukan , Pencapaian diutamakan” adalah cukup simbolik dihati rakyat Malaysia. Ianya diperkukuhkan lagi apabila kerajaan memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan dan Program Tarnsformasi Ekonomi yang bertujuan untuk menjaga kebajikan rakyat.



Gagasan 1 Malaysia diperkenalkan agar nilai-nilai murni Perpaduan dapat diperkukuhkan dan dipelihara berlandaskan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Jelas menunjukkan sehingga hari ini kerajaan dibawah pemerintahan YAB Perdana Menteri komited dalam membela rakyat dan mendidik rakyat kea rah rakyat yang bertamadun tinggi.



Tetapi Negara dikejutkan dengan tindakan biadap seorang pelajar yang bernama Adam Adli. Tindakannya yang menurunkan bendera YAB Perdana Menteri selaku Presiden UMNO dan menaikkan bendera BEBAS dilihat sebagai suatu tindakan yang tidak bertamadun dan telah membangkitkan kemarahan rakyat khususnya orang Melayu. Ini dianggap sebagai penghinaan kepada parti UMNO yang memperjuangakan Agama Islam, orang Melayu dan Tanah air Malaysia.



Soalnya disini,apakah rasional yang dilakukan oleh Adam Adli yang merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris? Siapakah Adam Adli ini?Adakah dia merupakan seorang peguam?ahli perniagaan?arkitek?ahli muzik?atau ahli politik? Saya terlupa bahawa Adam Adli merupakan seorang Mahasiswa. Mahasiswa yang masih belajar di IPT yang masih belum tahu masa hadapannya sendiri.



Pejuangan untuk kebebasan akademik dijadikan sebagai perisai oleh Adam Adli dan rakan-rakan mereka. Perjuangan mereka ini jelas dan nyata dinaungi oleh Parti Politik. Apabila laporan Polis yang dibuat oleh Adam Adli di Bukit Aman,siapakah yang menjadi pengiring dan jurucakap mereka?Tidak lain, saudara Che’gu Bard yang merupakan Ketua Angkatan Muda KeAdilan. Bukan ini dinaungi oleh Politik?



YAB Perdana Menteri telah mengusulkan di Parlimen dalam sesi yang lepas untuk meminda seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1970 yang membenarkan Mahasiswa dan Mahasiswi untuk terlibat dalam Parti Politik tetapi tidak boleh membawa ideologi politik kepartian ini ke dalam kampus. Pada pandangan saya, jika seksyen 15 ini dipinda amatlah sukar untuk memastikan Mahasiswa tidak membawa politik kepartian ke dalam kampus masing-masing.



Ini dapat dibuktikan dengan insiden Adam Adli dan juga insiden-insiden yang lepas dimana Mahasiswa Malaysia seringkali menjadikan provokasi dan demonstrasi atasa nama Kebebasan sebagai medium untuk mereka berpolitik. Atas nama kebebasan inilah yang menyebabkan mereka alpa bahawa setiap kebebasan ada hadnya. Kebebasan yang bagaimana dilaungkan? Adakah kebebasan yang melampui batas sehingga akhlak dan nilai-nilai murni orang malaysia diabaikan. Hakikatnya mereka ini adalah Mahasiswa yang tidak matang untuk berpolitik kerana mereka bangkrap dari segi nilai-nilai murni dan akhlak. Politik matang bagi mereka ini adalah politik kebebasan



Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini mengugut Universiti Pendidikan Sultan Idris bakal berdepan dengan tindakan undang-undang jika tindakan disiplin dikenakan keatas Adam Adli. Ini lagi satu hujah kuat untuk mengatakan bahawa golongan yang dipayungi oleh pembangkang ini seolah-olah lupa diri sehingga menganggap mereka mempunyai immuniti dari segala tindakan undang-undang. Mencabar Universiti samalah mencabar Canselor Universiti sendiri iaitu Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak. Mencabar canselor Universiti samalah beerti mencabar Institusi Diraja.



Dalam pemerhatian saya, tindakan golongan ini hanyalah tindakan populis semata-mata. Agenda pejuangan yang cuba diperjuangkan adalah SAMAR sama sekali. Golongan ini cenderung untuk berpolitik seperti Pelajar-pelajar di Asia Tengah. Keruntuhan kerajaan Mesir dibawah pimpinan Hosni Mobarak dan kerajaan Libya dibawah Mua’mmar Ghaddafi dijadikan sebagai idola perjuangan kebebasan.



Budaya demonstrasi dan kebebasan ini dijadikan azimat perjuangan oleh gerakan pelajar-pelajar ini. Tuntutan mereka yang mahukan YAB Perdana Menteri untuk memansukan AUKU 1970 sebelum Pilihanraya Umum ke-13 dilihat sebagai satu tindakan yang tidak matang dan berlandaskan desakan politik nasional.



Apa yang berlaku ini jelas menunjukkan Mahasiswa ini kurang matang untuk terlibat dalam politik. Mereka mempertaruhkan emosi perjuangan berbanding rasional politik, Hakikatnya mereka ini perlu menimba lebih banyak ilmu bagi memastikan mereka mampu menjadi Mahasiswa yang matang dalam pemikiran bersedia untuk memasuki pasaran pekerjaan. Ingatlah bahawa perjuangan Mahasiswa belum selesai di menara gading. Banyak perkara yang perlu diutamakan. Saya ingin mnegajak golongan-golongan Mahasiswa yang tidak matang berpolitik ini untuk menghayati sajak YAB Tun Dr. Mahathir Mohamed, Mantan Perdana Menteri sebagai renungan semua.



Perjuangan Belum Selesai”

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati

Dari melihat bangsaku dijajah

Tidak ada yang lebih menyedihkan

dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya

Sejarah silam tiada maknanya

Sekiranya bangsa tercinta terpinggir

Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa

Para pejuang kemerdekaan

Bagi menegakkan kemuliaan

Dan darjat bangsa

Selangkah bererti mara

Mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih

asalkan langkah itu yakin dan cermat

bagi memastikan negara

merdeka dan bangsa terpelihara

air mata sengsara

mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil

Kerana mengisi kemerdekaan

Rupanya lebih sukar dari bermandi

Keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan

Kalau bangsaku asyik mengia

Dan menidakkan,

Mengangguk dan membenarkan,

Kerana sekalipun bangganya negara

kerana makmur dan mewahnya

bangsaku masih melata

dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita

Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita

Kerana rupanya selain memerdekakan,

Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya

Bukankah sejak zaman berzaman

Mereka menjadi pelaut, pengembara

Malah penakluk terkemuka?

Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap

Menjadi pedagang dan peniaga

Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung

Samudera menjajah dunia yang tak dikenal

Bukankah mereka pernah menjadi

wira serantau

Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya

Bagi memartabat dan memuliakan bangsa

kerana hanya bangsa yang berjaya

akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita

Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya

tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan

buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku

Kerana masa depan belum menjanjikan syurga

Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai

Kerana hanya yang cekal dan tabah

Dapat membina mercu tanda

Bangsanya yang berjaya.



Muhamad Nazri Hj shaidon

Ahli Lantikan Menteri

Majlis Perundingan Belia Negara 2011



Wednesday, March 7, 2012

Perbezaan 1 Malaysia dan 1 Israel

1Malaysia dan 1 Israel adalah 2 konsep gagasan yg berbeza yg menekankan kpd konsep bangsa. Gagasan 1 Malaysia mendukung konsep rakyat


Published with Blogger-droid v2.0.4