Thursday, November 29, 2012

LYNAS: Fakta yang perlu difahami


Fakta Lynas.

1. Lynas Malaysia Sdn Bhd sebuah syarikat milik Australia, membina sebuah kilang di Gebeng, Pahang untuk memproses bijih nadir bumi (rare earth) yang dimport dari Mount Weld, Australia Barat.
2. Lynas dikendalikan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan dibantu oleh lima orang penasihat pakar nadir bumi dari China dan India
3. Kilang Lynas adalah kilang kimia dan bukan kilang nuclear seperti Chernobyl (Rusia), Bhopal (India) dan Fukushima (Jepun)

Nadir bumi adalah sejenis galian atau bijih yang terbentuk semula jadi biasanya ditemui didalam kerak bumi dan sukar dikeluarkan.
Produk yang dihasilkan oleh Lynas digunakan dalam pengeluaran TV, TV LED, computer bimbit, panel solar untuk bekalan elektrik, kincir angin, komponen elektrik untuk pengeluaran kereta hybrid, bateri kereta dan aditif dalam diesel.

Isu.
Dikatakan oleh pihak yang membangkang bahawa ianya mempunyai kaitan dengan isu kesihatan dan keselamatan orang awam. Bijih nadir bumi ini mengandungi sejumlah kecil bahan radioaktif dan dikatakan produk dari kilang Lynas boleh mendatangkan kemudaratan dan kerosakan kepada alam sekitar.

Sebenarnya, radioaktif ada di mana mana di sekitar kita yang berpunca daripada proses semulajadi, tetapi tidak mendatangkan kesan kepada orang awam.
Tiga jenis bahan sisa iaitu Gypsum SIntetik (FGD), Gypsum Magnesium (NUF) yang kaya dengan magnesium, dan FosfogypsumBesi (WLP).

FGD dan NUF adalah bahan sisa bukan radioaktif dan diprogramkan untuk menjadikannya sebagai bahan komersial.

WLP pula mengandungi kadar radioaktif pada tahap 0.165 % dan kadar yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa bagi mengukur sesuatu bahan bukan radioaktif adalah 0.05 %.

Lynas telah mengenal pasti kaedah bagi menstabil dan menurunkan lagi kadar radioaktif didalam WLP dari 0.165 % ke paras 0.03 %, iaitu lebih rendah dari paras yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa. Dengan penurunan tersebut, sisa Fosfogypsum Besi (WLP) yang diuruskan Lynas dikategorikan sebagai BAHAN BUKAN RADIOAKTIF dan BUKAN TOKSIK.
Setelah distabilkan, WLP boleh digunakan sebagai asas penting kepada pembinaan jalanraya dan tempat meletak kereta.

Jadi, kenapa Lynas datang ke Malaysia..dan terpaksa mengangkut bahan bijih nadir bumi di Australia ke Malaysia untuk diproses.

- Lynas tidak perlu mengelak kawalan undang undang yang ketat di Australia kerana undang undang sediada di Malaysia jauh lebih ketat daripada undang undang di Australia. Ianya dalah kerana :-

1. Iklim pelaburan yang kondusif dan berdaya saing
2. Mempunyai sumber yang optimum termasuk infrastruktur yang diperlukan untuk menyokong operasi kilang
3. Gebeng khususnya mempunyai kemudahan pelaburan yang diperlukan, kemudahan sokongan yang boleh dipercayai, pekerja yang kompetetif dari segi teknikal dan kemudahan utility yang berdaya saing.
4. Keperluan undang undang yang jelas di mana ianya penting dalam membuat keputusan untuk melabur.

Sebab dibangkang oleh DAP dan kuncu kuncunya :-
1. Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi Kilang Lynas di Kuantan adalah salah satu daripada dua kilang yang dibangunkan untuk memastikan China tidak memiliki monopoli penuh terhadap nadir bumi.
2. Sebuah lagi kilang yang sama dibangunkan di gurun California berhampiran Death Valley.
3. Faedah terbesar China selain mengeksport bahan berkenaan, ialah membawa masuk syarikat-syarikat besar dunia untuk melabur berhampiran dengan lombong bahan berkenaan di negara itu.
Seperti baris ayat dalam akhbar New York Times keluaran 13 Mac lalu:
Even if the West and Japan overcome the stiff challenges of winning their case at the World Trade Organization, it could still take several years before Beijing changes its policies — by which time companies in the West and Japan could have moved even more of their factories that use rare earth metals to China.
4. Secara tidak langsung, monopoli China ke atas nadir bumi membolehkan ia menikmati pelaburan asing yang tinggi daripada pelbagai syarikat berdaya maju dunia.
Malaysia juga sepatutnya akan mendapat faedah yang sama dengan pembinaan kilang Lynas. Di kala banyak syarikat gergasi beralih ke China, kilang Lynas akan membuka ruang untuk Malaysia pula meraih faedah pelaburan langsung asing yang tinggi.
Kegagalan kilang Lynas di Malaysia akan merugikan negara ini dan keuntungan yang sangat banyak kepada China. Kilang di Gebeng adalah yang terbesar di dunia dan akan membantu menghasilkan satu perlima nadir bumi global. Bayangkan keuntungan dan jumlah syarikat besar dunia terutama dari Jepun yang akan melabur di Malaysia?
Tindakan China mengenakan sekatan penjualan nadir bumi ke atas Jepun akibat pertikaian wilayah pada 2010 menjadi petanda jelas negara matahari terbit itu akan membawa masuk pelaburan yang tinggi ke negara ini dan tidak lagi bergantung kepada China.
Sektor pembuatan dan perkilangan Jepun dan Barat berada dalam kedudukan paling tidak selesa dengan monopoli nadir bumi oleh China.
Kajian IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa dan Ahli Parlimen PAS yang juga seorang ahli sains nuklear menolak kilang Lynas merbahaya. IAEA bagaimanapun ada memberikan kenyataan agar Lynas dan kerajaan berkomunikasi dengan lebih kerap dengan anggota masyarakat dan pelan pembuangan jangka panjang bahan tapisan nadir bumi diperkenalkan.

Jadi….kenapa puak DAP bermati matian ingin menghalang kilang tersebut daripada terus beroperasi di Malaysia. Sanggup berjalan kaki dan menhasut rakyat…kenapa..apakah kerana tiada semangat nasional dan cintakan Negara…atau…mempunyai agenda yang lain…Anda berhak menilainya dengan ilmu dan akal….

Monday, November 26, 2012

Pandangan Ketua Pemuda BN Sarawak 5 sebab UMNO/BN perlu diberi mandat dalam PRU 13 ini




Ketua Pemuda Barisan Nasional Sarawak, YB Datuk Fadillah Yusuf menyokong penuh kenyataan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Razak, 5 sebab UMNO / BARISAN NASIONAL perlu diberi mandat dalam PRU -13 ini.
“Sememangnya saya amat menyokong apa yg diperkatakan oleh YAB PM bahawa 5 perkara asas itu adalah sebab mengapa BN perlu diberikan mandat untuk membawa Malaysia ke arah wawasan 2020, iaitu negara yg makmur, aman stabil dan sejahtera utk semua. BN bukan sahaja berjanji membawa perubahan, perubahan sedang dijalankan dan ianya sudah pun berlaku dgn pelbagai program transformasi yg dijalankan.” 
 


Kenyataan Penuh YAB Perdana Menteri:-
Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno berkata sebagai sebuah parti berpengalaman, Umno selaku parti tunjang dalam BN sentiasa memacu dan menggerakkan pelbagai idea dan transformasi ke arah masa depan negara yang gemilang berbanding pakatan pembangkang yang masih kabur mengenai perkara itu.

Selain itu, Umno dan BN turut merupakan satu pakatan yang terikat kepada dasar-dasar yang disokong secara bersama dan tidak ada percanggahan sama ada dari segi dasar mahupun ideologi, dan ini berbeza dengan parti lawan yang seringkali mengeluarkan pendapat yang bertentangan walaupun atas soal-soal asas dan fundamental, katanya.

"Ketiga, kita mempunyai 'track record' pencapaian yang terbukti dan tidak boleh disangkal dalam mengurus negara di mana kita juga telah dapat meyakinkan rakyat bahawa peta jalan ke hadapan adalah berdasarkan kemampuan kita untuk melaksanakannya selama ini.

"Maknanya, keyakinan rakyat bahawa kemampuan kita untuk melaksanakan agenda negara iaitu transformasi besar yang ingin kita perlihatkan," katanya dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.

Najib berkata sebagai sebuah kerajaan, Umno dan BN memiliki kekuatan moral yang kukuh dan sentiasa berpegang kepada janji di mana setiap janji yang dibuat dipastikan supaya ditunaikan serta tidak akan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi.

Beliau berkata janji kerajaan BN adalah jelas untuk kepentingan rakyat dan sentiasa ditunaikan berdasarkan prinsip janji ditepati berbanding janji pakatan pembangkang yang bertujuan memperdaya pengundi demi memenuhi matlamat untuk menakluki Putrajaya.

Pengerusi BN berkata sebab terakhir yang perlu diberi perhatian ialah rakyat tidak perlu menggadai masa depan dengan menyerahkan negara kepada parti yang tidak boleh menjanjikan masa depan lebih baik ketika kredibiliti mereka juga dipertikaikan.

"Masa depan kita, masa depan anak-anak kita terlalu mahal untuk diperjudikan, sebaliknya dengan BN tahap keyakinan lebih tinggi... ini dapat dilihat dari segi prestasi pasaran dengan kemasukan pelabur-pelabur dari dalam dan luar negara," katanya.

Mengenai mengapa orang Melayu tidak menggunakan agama sebagai asas penyatuan seperti yang dilakukan kaum lain, Najib berkata: "Orang Melayu telah dikelirukan dengan hasutan dan fitnah yang bertalu-talu terhadap pemimpin Umno dan Umno itu sendiri, walaupun dakyah-dakyah tersebut merupakan serangan politik dan tidak ada asasnya."

Najib berpendapat orang Melayu juga terpedaya dengan imej luaran seperti label parti yang dikatakan parti Islam dan rupa pemimpin yang mereka anggap lebih Islamik.

Beliau berkata sepatutnya sesebuah parti itu dinilai dari segi pengisian dan agenda yang boleh meninggikan perjuangan dan syiar Islam, dan Umno telah membuktikan parti itu dapat memperjuangkan tuntutan Islam berdasarkan Maqasid Syariah.

"Sejak dulu lagi kita perjuangkan Islam, bermula dengan Perlembagaan, pembentukan institusi-institusi Islam serta program-program Islam yang kita telah wujudkan dan martabatkan seperti perbankan Islam," katanya.

Ditanya harapan beliau kepada para perwakilan selepas tamat perhimpunan kali ini, Najib berharap seluruh warga Umno yang hadir dapat menghayati mesej yang diterapkan seterusnya menterjemahkan dalam bentuk tindakan serta sikap masing-masing.

"Umpamanya, banyak penegasan akan dibuat tentang bagaimana mereka harus mendepani cabaran PRU-13 dan bagaimana kita harus meletakkan persediaan kita secara mantap bukan sahaja dari segi persiapan fizikal seperti bilik gerakan, bantuan material dan sebagainya tetapi juga dari segi semangat dan sikap untuk meletakkan kemenangan pilihan raya sebagai yang perlu diutamakan dan tidak ada apa-apa perhitungan yang lain meskipun sesuatu itu memang sangat dihajati oleh kita," katanya.

Beliau juga berharap perwakilan yang berbahas mampu mengupas, menjawab dan menangkis sebarang isu nasional serta tohmahan yang dihalakan kepada parti.

- Bernama


Sunday, November 25, 2012

selamat Pagi :)

Assalamualaikum dan Selamat Pagi YB.Selamat menjalankan tugas sbg Wakil Rakyat, Pemimpin Masyarakat dan juga pemimpin Keluarga.Rakyat didahulukanvdan pencapaian diutamakan. Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang juga;)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, November 23, 2012

salam Jumaat

Salam Jumaat. Mari kita mendoakan keamanan dan kesejahteraan buat seluruh umat Islam khususnya di Gaza, Palestin.Didoakan juga Malaysia akan terus aman makmur dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.#TerimakasihMsia.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, November 15, 2012

sambutan Maal Hijrah

Ucapan YB Datuk Fadillah Yusof sempena sambutan Maal Hijrah 1434H.
" Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H.Sebagai umat Islam,kita perlulah mengambil iktibar tentang sejarah penghijrahan baginda Rasulullah dari Kota Mekah ke Kota Madinah bg mengembangkan syariat Islam.Semoga dgn kedatangan awal muharam ini kita dapat berhijrah dan bertransformasi ke arah kebaikan demi agama dan juga negara Malaysia tercinta. Sejajar dgn tema Hijrah tahun ini iaitu Wasatiyyah tonggak kesatuan Ummah. Bertepatan dgn tema tahun ini,kita menolak fahaman yg berbentuk ekstremis dan radikal demi perpaduan didalam negara tercinta ini. Mari kita Hijrah ke arah perpaduan agar Malaysia akan terus maju dan aman makmur dibawah pemerintahan kerajaan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak yg komited melakukan transformasi demi transformasi untuk kebaikan dan manfaat kita semua." SALAM MAAL HIJRAH 1434H.Terima Kasih. @PetraJayaMP

Published with Blogger-droid v2.0.9

Ucapan YB Datuk Fadillah Yusof sempena sambutan Maal Hijrah 1434H.
" Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H.Sebagai umat Islam,kita perlulah mengambil iktibar tentang sejarah penghijrahan baginda Rasulullah dari Kota Mekah ke Kota Madinah bg mengembangkan syariat Islam.Semoga dgn kedatangan awal muharam ini kita dapat berhijrah dan bertransformasi ke arah kebaikan demi agama dan juga negara Malaysia tercinta. Sejajar dgn tema Hijrah tahun ini iaitu Wasatiyyah tonggak kesatuan Ummah. Bertepatan dgn tema tahun ini,kita menolak fahaman yg berbentuk ekstremis dan radikal demi perpaduan didalam negara tercinta ini. Mari kita Hijrah ke arah perpaduan agar Malaysia akan terus maju dan aman makmur dibawah pemerintahan kerajaan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak yg komited melakukan transformasi demi transformasi untuk kebaikan dan manfaat kita semua." SALAM MAAL HIJRAH 1434H.Terima Kasih. @PetraJayaMP

Published with Blogger-droid v2.0.9