Monday, January 28, 2013

@nazri007: Ucapan TS @MuhyiddinYassin Majlis Perhimpunan dan santai bersama belia Sarawak. @PetraJayaMP @LoveTaib @BN4Sarawak http://via.me/-97loges Shared via TweetCaster

Wednesday, January 23, 2013

YB Datuk Fadillah Yusof- Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini.

Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah merupakan tema bagi 1434H ini. Wasatiyyah beerti sederhana, pertengahan dan berimbang. Pendekatan wasatiyyah ini menekankan kepada ajaran Islam secara sederhana, berimbang dan syumul dalam semua aspek kehidupan individu dan masyarakat dengan memberi penekanan kepada kualiti hidup ummah dalam pelbagai perkara termasuklah aspek perpaduan

Hanya dengan bersatu padu, umat Islam akan menjadi lebih kuat dan berupaya menangani segala cabaran semasa. Sebaliknya jika umat Islam terus berbalah dan bersengketa, maka umat Islam akan menjadi lemah

dan porak-peranda. Mari kita bersama menetapkan diri untuk berubah dan memulakan tugas membina kesatuan ummah dengan menjadikan wasatiyyah sebagai prinsip untuk memacu kita memburu kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat yang seimbang. Sikap wasatiyah ini dapat menghindari budaya ekremis @taksub yang seringkali menjadi penyebab kepada perpecahan umat Islam.

Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan peranan baginda Rasulullah dalam menyatupadukan ummat Islam. Sejarah pemerintahan Nabi Muhammad SAW menyaksikan bahawa dalam setiap aspek sama ada dakwah, pentadbiran negara, kehakiman, hubungan diplomatik mahupun amalan adat resam dan kebudayaan, Baginda tidak menunjukkan sikap berat sebelah, melampau atau ekstrem. Pendekatan yang diambil serta dilaksanakan oleh Nabi SAW adalah pendekatan wasatiyyah atau jalan tengah kerana hanya dengan jalan ini Islam dapat diterima oleh semua pihak tanpa mengira kaum, suku kaum, kabilah dan sebagainya.

Sekian, Terima kasih.

Y.B Datuk Fadillah Yusof

Timbalan Menteri MOSTI /

Ahli Parlimen PetraJaya (P.194)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, January 4, 2013

Apa kata YB Datuk Fadillah Yusof tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat 12.01.2013?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Merujuk kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat yang bakal dianjurkan oleh pihak pembangkang pada 12.01.2013. Saya berpendapat ianya merupakan himpunan pihak pembangkang dan bukan himpunan rakyat.Himpunan ini yg hanya bertujuan untuk memfitnah serta memburukkan kerajaan. Selain itu ianya utk mengalih perhatian rakyat drp kelemahan serta kepincangan pembangkang itu sendiri. Rakyat kita bijak dlm menilai, "sbb orang yang banyak bercakap tentang kelemahan org lain sebenarnya cuba melindungi kelemahan dan keburukannya sendiri".

*YB Datuk Hj Fadillah Yusof merupakan Ketua Pemuda Barisan Nasional Sarawak / Ketua Pemuda PBB & Timbalan Menteri MOSTI.
Facebook: Fadillah Yusof
Twitter: PetrajayaMP

Published with Blogger-droid v2.0.9